21
Sat, Sep
30 Artikel Baru

Khat, Jawi dipertikai: Mana suara Muslim dalam k'jaan?

Nasional
Typography

TULISAN Jawi merupakan tulisan asal orang Melayu sejak mula Melaka menerima kedatangan Islam. Huruf-huruf Jawi adalah asalnya huruf Hija'iyah dalam al-Quran dengan sedikit penambahan untuk memasukkan bunyi Melayu.

Tujuan utama adalah untuk mendekatkan masyarakat Melayu dengan tulisan dan mengenal Al-Quran, maka menolak penulisan Jawi ini adalah secara langsung menjauhkan masyarakat di Malaysia dengan al-Quran.

Sememangnya kita jelas dengan tindakan serta agenda DAP untuk membantah kurikulum tulisan Jawi dan Khat ini. Bagaimana dengan parti-parti lain yang berada dalam kerajaan sekarang? Apakah mereka tidak mampu melihat apa kita nampak? Islam semakin dimusuhi. Tulisan yang berkait Islam juga dibantah. Di mana wakil rakyat kerajaan yang beragama Islam? Di mana suara PAN? Di mana BERSATU dan di mana PKR?

PAS Negeri Sembilan berasa amat marah dengan tindakan ini. Kita tidak pernah menyuarakan untuk mengharamkan tulisan Cina kerana toleransi antara kaum yang kita amalkan sangat tinggi. Tetapi jangan dicabar Melayu-Islam. Bila Melayu dicabar dan ditekan, amukan boleh terjadi.

Pandai Jawi Bijak Quran.

BADZLI BAKAR
Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan
2 Ogos 2019 – HARAKAHDAILY 2/8/2019