16
Wed, Oct
22 Artikel Baru

Reformasi institusi: PH ulangi pemerintahan BN

Nasional
Typography
TANGGAL 9 Mei 2018 adalah permulaan siri episod malang buat rakyat Malaysia. Apa yang didampakan rakyat hanyalah retorik serta pembohongan nyata, ia menjadi mimpi ngeri buat keseluruhan rakyat.
 
Rule  Of  Law yang dilaung-laungkan selama ini pun kian terhakis. Kini perjuangan membebaskan badan-badan utama dalam kerajaan dari campur tangan politik hanyalah sebuah 'skrip drama samarinda' yang dilakonkan oleh pewatak politikus dalam arena politik muktahir ini.
 
Slogan "suara rakyat, suara keramat" terus dikhianati. Sokongan rakyat kepada mereka terus dimanipulasi untuk melakukan apa sahaja perkara, meskipun bertentangan  dengan dasar dan polisi perjuangan mereka sebelum ini.
 
Bermula pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang mencabuli aturan Parlimen, dituruti lantikan Ketua Hakim Negara yang membelakangi Majlis Raja-Raja Melayu serta disusuli penerimaan Peguam Negara yang membutakan semangat 'Separation  of  Powers' membuktikan PH jauh lebih teruk dari rejim BN.
 
Setahun PH mengambil alih kuasa kerajaan telah menyaksikan siri pendustaan serta penipuan terhadap Manifesto PH yang menjadi sumber rujuk rakyat menumbangkan rejim sebelum ini.
 
Langkah terkebelakang rejim PH dizahirkan lagi, apabila satu surat siaran yang menyatakan pemberhentian segera Dato' Seri Mohd Shukri Abdull dengan diganti Ahli Majlis Tertinggi PKR ke dalam badan penguat kuasa kerajaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merosakkan semangat tidak campurtangan politik dan mengelak atau menghindari bahaya 'kezaliman' (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check  and  balance) antara kuasa tersebut.
 
Justeru, DPPNS mendesak penjelasan segera dari pejabat POM dalam isu ini. Dalam masa yang sama mengajak semua parti politik, badan-badan NGO dan rakyat keseluruhan membantah agar pelantikan ini di tarik balik dan diberi kepada tokoh yang disegani dan berkaliber atau penjawat awam yang jelas bebas dari pengaruh serta penguasaan politik, supaya badan dan agensi kerajaan difungsikan tanpa menimbulkan 'conflict  of  interest'.
 
KAZMAN NOORDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak