19
Sat, Oct
19 Artikel Baru

Ucapan Aidil Fitri Muslimat PAS Pulau Pinang

Nasional
Typography
بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Salam Aidil Fitri.
Taqobbalallahu minna wa minkum.
 
Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1440H saya mewakili kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat yang dikasihi.
 
Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah S.W.T yang telah memberikan ruang dan kesempatan untuk kita sama-sama menjalani madrasah Ramadhan selama sebulan dengan pelbagai aktiviti penyucian hati dan jiwa.
 
Kita juga bersyukur kerana dapat menyambut hari kemenangan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam iaitu Aidil Fitri.
 
Semoga Aidil Fitri pada tahun ini disambut dengan penuh keimanan, ketakwaan dan kesyukuran selain mengharapkan keredhaan Allah Taala serta diampunkan dosa-dosa kita yang lalu.
 
Perjuangan membangunkan sebuah Islam bukanlah satu yang mudah. Hanya insan yang bertakwa dan bergantung sepenuhnya kepada Allah sahaja yang mampu mendepani sebarang mehnah dan tohmahan dengan sifat sabar dan redha.
 
Kepuasan hati akan dapat kita rasakan apabila melihat generasi yang dilahirkan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Justeru itu, marilah sama-sama kita berusaha mendaulatkan Islam dengan penuh kegemilangan sehingga mampu wujud sebuah daulah Islamiah.
 
Kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya dan semoga dapat meraikan Aidil Fitri bersama insan tersayang. Penuhilah Aidil Fitri pada tahun ini dengan saling bermaaf-maafan, ziarah-menziarahi dan bersedekah serta mengeratkan silaturrahim. 
 
Sesungguhnya kita hidup di dunia ini bukan untuk mendabik dada dan melihat siapa yang paling hebat di mata manusia. Akan tetapi untuk melihat hebatkah kita di mata Allah Subhanahu Wata’ala dengan melaksanakan amalan-amalan yang dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada-Nya.
 
Saya sekali lagi mewakili DMPNPP mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Islam agar sentiasa di bawah rahmat Allah serta dipermudahkan segala urusan.
 
الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر ولله الحمد
 
كل عام و انتم بخير
Di Sini Lahirnya... Da'i, Ulama & Umara
 
USTAZAH HASANAH IDRUS
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 4/6/2019