17
Thu, Oct
15 Artikel Baru

Politik matang parti IKATAN

Nasional
Typography

SEPERTI semua sedia maklum, Presiden IKATAN telah mengadakan satu sidang media pada 19 Mac 2019 untuk menyatakan deklarasi solidariti kepada kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menter Malaysia.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyokong 100% usul menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, bagi mengelakkan berlakunya pelbagai anasir dalam dan luar yang mengganggu-gugat perjalanan tugas beliau.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia sama sekali menolak apa jua perkara berbentuk sabotaj dan undi tidak percaya seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Pada masa yang sama, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menegaskan bahawa kita membawa pendekatan politik matang. Jika kerajaan Pakatan Harapan melakukan perkara yang baik, kita akan menyokong kerajaan.

Tetapi, jika kerajaan Pakatan Harapan melakukan perkara salah, kita akan menegur kerajaan secara berhemah. Sokongan solidariti kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir bukanlah tiket untuk berdiam diri untuk menegur kesalahan, terutama membabitkan hal rakyat.

Solidariti menyokong Tun Dr. Mahathir bukan bermaksud solidariti menyokong PPBM atau Pakatan Harapan.

I. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong harapan-harapan palsu yang menipu rakyat dan anak muda

II. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong dasar-dasar ekonomi yang lemah hingga rakyat tertekan

III. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kezaliman dasar baru PTPTN ke atas anak muda

IV. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan pincang yang memotong subsidi nelayan dan petani

V. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan kereta terbang

VI. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan sijil akademik palsu

VII. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan kronisma dan nepotisma yang melantik isteri dan kaum kerabat ke jawatan GLC, agensi kerajaan atau badan berkanun

VIII. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan PPBM yang lemah di Perak di mana kepimpinan negeri mengikut telunjuk DAP

IX. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan PPBM yang lemah di Johor di mana rakyat menderita disebabkan bencana buatan manusia, pencemaran udara bahan kimia

X. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong usaha DAP dan Pakatan Harapan memecahbelahkan penyatuan ummah yang sebenar

Akhir sekali, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyeru semua ahli IKATAN, ahli Dewan Pemuda IKATAN dan pimpinan tertinggi untuk dahulukan masalah rakyat, selesaikan masalah rakyat dan tidak meraih sokongan untuk kepentingan peribadi.

Demi Bangsa Malaysia!

SHAHIR ADNAN
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia
20 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 20/3/2019