20
Sun, Oct
14 Artikel Baru

Sejauh mana KAGAT semai semangat jihad

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari meminta Menteri Pertahanan menyatakan fungsi sebenar Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

fadli shaariBeliau mempersoalkan sejauh manakah peranannya dalam menyumbang terhadap pembangunan modal insan terutamanya dalam aspek spiritual 'combat power' atau dalam kata lain menyemai semangat jihad di kalangan warga ATM.

Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, dalam membina 'spiritual combat power' yang mampu digeruni oleh pesaing dalam keadaan bilangan tentera yang sedikit, adakah KAGAT berhasrat untuk membuat modul yang lebih tersusun.

"Maknanya, apabila tentera menghabiskan satu modul edisi-edisi tertentu supaya tentera ini diwajibkan mengikuti pengajian-pengajian agama seperti ini.

"Tidakkah kerajaan berhasrat untuk mengangkat martabat KAGAT dengan meletakkan Ketua Pengarah berada di dalam majlis Jawatankuasa Panglima atau majlis Angkatan Tentera atau mana-mana jawatan yang lebih tinggi," tambah beliau.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, fungsi KAGAT berpandukan visi iaitu menjadi penjana kecemerlangan pembangunan kerohanian modal insan Angkatan Tentera Malaysia yang unggul.

Berdasarkan visi ini, katanya misi KAGAT adalah untuk meningkatkan tahap profesionalisma ATM melalui Pendidikan Islam dan perkhidmatan keagamaan.

"KAGAT sentiasa bekerjasama terutama di bawah Jabatan Perdana Menteri termasuk JAKIM dan sebarang kursus dibuat secara perbincangan bersama.

"Secara umumnya, 'spiritual combat power' dan ketahanan jati diri modal insan dengan pengisian keyakinan terhadap Maha Pencipta dan pembuktian kebenaran serta tujuan sebenar dan kerjaya dalam kehidupan," ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/10/2019