20
Sun, Oct
11 Artikel Baru

Tiada subsidi petrol, peniaga S'wak dizalimi

Berita
Typography

PENGUMUMAN Menteri KPDNHEP semalam berkenaan Sarawak tidak akan menikmati subsidi golongan sasar merupakan satu kekejaman buat rakyat Sarawak yang ramai lagi sebenarnya dalam katagori yang sama malah lagi susah dari golongan sasar yang menerima subsidi tersebut di Malaya. Ini kerana, Kementerian harus mengira faktor infrastruktur Sarawak yang jauh berbeza dari Semenanjung seperti jalan raya yang baik yang dinikmati disana sungguhpun Sarawak adalah antara penyumbang utama hasil kepada "Federal"

Harga pada RM2.08 juga terlalu tinggi buat rakyat Sarawak terutama peniaga kecil kerana faktor-faktor seperti di atas. Sebagai contoh, peniaga Iban di pasar-pasar tamu adalah ramai dari mereka yang berpendapatan rendah. Kos membawa barang-barang jualan mereka dari rumah panjang atau dari kebun-kebun mereka sudah tentu tinggi. Ini akan menyebabkan harga jualan mereka tidak kompetitif. Sekiranya subsidi atau harga minyak yang lebih rendah diberikan, mereka boleh menikmati harga minyak yang murah dan sudah tentu harga jualan barangan mereka akan menjadi lebih kompetitif. Jika KPDHEP hanya melihat golongan yang menaiki motosikal bawah 150cc, berkereta 1600cc di Malaya yang rata-rata menikmati fasiliti dan infra yang cukup baik, ia satu kesilapan dan pengabaian kepada golongan yang lebih memerlukan di Sarawak. Jangan pula hanya memandang golongan peniaga di bandar-bandar yang nyata sudah mewah dari segi perniagaan mereka.

Jelas, polisi baru ini tidak menyeluruh dan terus menghimpit rakyat Sarawak. DHPP berharap, agar Kerajaan Sarawak dapat membantu rintihan golongan berpendapatan rendah ini dengan keadaan harga minyak yang sedemikian rupa. Sokongan kepada PH di Sarawak juga semakin menurun kerana banyak keputusan oleh "Federal" yang sangat mengabaikan kepentingan rakyat Sarawak. Mereka hanya bersandiwara dengan menyatakan usaha mereka mengembalikan hak Sarawak, tapi sebaliknya tiada pun hak Sarawak yang dikembalikan.

ACHAU MUJAH
Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Sarawak - HARAKAHDAILY 8/10/2019