20
Sun, Oct
11 Artikel Baru

Apa guna RM25j untuk perisian subsidi petrol?

Berita
Typography

SETELAH ditangguhkan beberapa kali, hari ini YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan Program Subsidi Petrol (PSP) khusus kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40), penerima Bantuan Sara Hidup dan mempunyai kenderaan serta lesen berdaftar yang sah. Kriteria penerima berdasarkan kepada data BSH dan data JPJ.

Persoalan pertama yang ingin diutarakan ialah apakah hasil yang dikeluarkan oleh GHL Transact Sdn Bhd setelah mendapat kontrak bernilai RM25.03 juta daripada Kementerian Kewangan untuk membangunkan aplikasi perisian serta perkakasan yang melibatkan subsidi petrol RON95? Walhal, subsidi petrol akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima berdasarkan maklumat data yang telah sedia ada.

Jumlah subsidi sebanyak RM1 sehari atau maksimum RM30 sebulan bagi pemilik kenderaan tidak efisyen dalam menangani harga RON95 setelah ia mula diapungkan setara dengan harga pasaran. Tambahan pula, pengguna RON95 akan terus ditekan dengan harga pasaran tanpa subsidi terutama mereka yang mudah terjejas dan dalam kalangan golongan M40.

Secara tidak langsung PSP ini membuktikan Pakatan Harapan gagal menyelesaikan isu subsidi petrol dan kestabilan harga sepertimana yang dinyatakan dalam janji manifesto.   

Sekian, terima kasih.    

AWANG SOLAHUDDIN HASHIM
Ahli Parlimen Malaysia (Pendang)
8 Safar 1441 | 7 Oktober 2019 - HARAKAHDAILY 7/10/2019