20
Sun, Oct
12 Artikel Baru

JPrD Sabai dekati warga dengan bubur Asyura

Berita
Typography

BENTONG: Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) Sabai telah mengadakan gotong-royong membuat bubur Asyura yang dilangsungkan di PASTI Iqra', Karak, di sini semalam.

Program bertujuan menggerakkan keupayaan Jentera Dun Sabai dan mengenengahkan PAS kepada masyarakat setempat itu telah berjaya menghasilkan lima kawah bubur Asyura.

Ternyata kemampuan itu dibuktikan dari Pengarah JPrD Sabai, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak bersama semua Ketua Unit Daerah Mengundi (UDM) Karak Setia, Bukit Dinding, Sertik, Jambu Rias dan Pekan Karak.

Beliau berharap program tersebut menjadi langkah kepada gerakan lebih gagah JPrD Sabai terutama dalam memasyarakatkan PAS serta menarik sokongan massa menuju PRU15.

Disebalik kerancakan kaum Muslimin menjayakan penyediaan bubur Asyura itu, kaum Muslimat pula menyiapkan masakan tengahari dalam riuh-rendah suara anak-anak yang hadir.

Bubur Asyura yang siap dipekkan itu kemudiannya diagih-agihkan ke setiap UDM untuk disampaikan ke setiap rumah penduduk. - HARAKAHDAILY 6/10/2019  

IMG 20191006 WA0003

IMG 20191006 WA0005