20
Sun, Oct
11 Artikel Baru

PJ PAS Perlis tunjuk perkembangan positif

Berita
Typography

KANGAR: Terdapat perkembangan positif pada tahap keadaan kesihatan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Sejak semalam, beliau telah mampu membuka mata serta menggerakkan tangannya manakala tekanan darahnya semakin stabil,” ujar Ketua Penerangan PAS Perlis, Dr. Saifizi Saidon dalam satu kenyataan pagi ini.

Selain itu, katanya pihak hospital juga telah mengurangkan ubat bagi membantu jantung mengepam darah yang diberikan kepada beliau kepada satu jenis sahaja.

Menuutnya lagi, berdasarkan kepada keadaan semasa Mohd. Shukri, PAS Perlis berharap agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan beliau. – HARAKAHDAILY 6/10/2019