20
Sun, Oct
11 Artikel Baru

Selamat Hari Akademia

Berita
Typography

ISLAM mengiktiraf golongan ilmuan. Ahli ilmuan atau sinonim dengan gelaran ahli akademik mempunyai kepakaran dan kemahiran tersendiri sama ada dari segi praktikaliti atau idealistik.

Kebolehan golongan ini pula dikongsikan kepada masyarakat sehingga memberi manfaat untuk semua.

Apatah lagi kemahiran dan keilmuan yang dikongsikan dapat mengenalkan hamba dengan Tuhan-Nya.

Sehingga penyair Arab menukilkan;

لو لا مربي ما عرفت ربي.

(Kalaulah tanpa pendidikku, pasti aku tidak mengetahui siapa Tuhanku.)

Allah mengangkat golongan ilmuan sebagaimana mafhum dalam surah Al-Mujadalah ayat ke-11:

"Nescaya Allah meninggikan darjat orang-orang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalangan kamu."

Sempena Sambutan Hari Akademia, Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Hari Akademia buat kakitangan atau ahli akademik seluruh Malaysia.

Teruslah mendidik anak bangsa untuk keluar daripada kepompong kejahilan mengikut kelebihan tersendiri yang Allah anugerahkan.

Yakinlah anda semua sedang membina sebuah tamadun untuk masa hadapan.

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
06 Safar 1441
05 Oktober 2019 - HARAKAHDAILY 5/10/2019