20
Sun, Oct
14 Artikel Baru

Warga Lenggong zahir dukungan agenda Muafakat

Berita
Typography

LENGGONG: PAS Kawasan Lenggong telah memberi kerjasama dalam penganjuran program 'Walkabout' anjuran Biro Penerangan Umno Bahagian Lenggong di Pekan Rabu, Kampung Luat, di sini kelmarin dahulu.

Program ini nyata mendapat sokongan masyarakat tempatan yang bukan sahaja hadir ramai, malah mengenakan warna hijau dan merah, sekali gus memberi isyarat dukungan kepada agenda Penyatuan Ummah.

Ianya juga dilihat gelombang rakyat untuk bersama dalam Muafakat Nasional ke arah memastikan perubahan semula pemerintahan negara pada PRU15 nanti untuk mentadbir negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.

Paling nyata, dari program ini terzahir kegembiraan penduduk dan para pimpinan politik yang biarpun daripada parti berlainan, hakikatnya mempunyai hubungan kekeluargaan, menunjukkan pertautan persaudaraan.

Mengisi program tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Pengerusi Umno Perak, Dato' Saarani Mohamad serta Adun Kenering, Dato' Termizi Idris. - HARAKAHDAILY 5/10/2019