20
Sun, Oct
11 Artikel Baru

Cikgu Noraznin pergi mengadap Ilahi

Berita
Typography

TAMBUN: PASTI Kawasan Tambun kehilangan seorang Guru Sukarelawan yang sangat komited dan berwibawa dalam menjalankan tugas sebagai tenaga pendidik PASTI Tambun.

Pemergian Allahyarhamah Noraznin Asbaha Mohd Ali, 52 atau Cikgu Noraznin dipercayai akibat sesak nafas berikutan beberapa penyakit yang dialami oleh beliau.

Allahyarhamah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 1.30 pagi tadi meninggalkan seorang suami dan empat orang anak.

Menurut Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Hafez Sabri beliau merupakan seorang guru yang sangat konsisten dalam menjalankan tugas selain terus istiqamah bersama PASTI sejak 1999-2019.

Manakala Pengerusi PASTI Tambun, Ustaz Mohd Shahrul Abd Manap pula menyifatkan bahawa beliau sentiasa positif dalam melaksanakan tanggungjawab dan tidak mudah putus asa.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Lajnah Ekonomi Muslimat PAS Tambun pada sesi yaang lepas selain turut memegang jawatan yang sama dalam Majlis Guru PASTI Perak.

Dikenali kerana sentiasa tersenyum dan mudah mesra, beliau juga merupakan seorang yang giat menjalankan aktiviti jualan bagi mengumpulkan dana di setiap program Dewan Muslimat dan PASTI di peringkat negeri dan kawasan.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Kem PGA Ulu Kinta dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanjung Rambutan selepas solat zohor hari ini. - HARAKAHDAILY 28/9/2019