21
Sat, Sep
33 Artikel Baru

Muslimat santuni anak yatim sempena Hari Asyura

Berita
Typography

MUAR: Halwa Dun Sungai Balang telah mengadakan ziarah kebajikan sempena menyambut Hari Asyura dengan menyantuni anak-anak yatim di sekitar Sungai Balang, di sini semalam.

Ianya sebagai memenuhi tuntutan Allah ke atas Mukmin untuk sentiasa mengambil tanggungjawab terhadap golongan asnaf antaranya anak-anak yatim yang kurang sentuhan kasih sayang.

Ketua Muslimat PAS Negeri Johor, Fatimah Ismail memimpin sendiri inisiatif ini diiringi Ketua Penerangan Muslimat PAS Muar, Sharifah Ajil dan Ketua Halwa, Nor Hafizah Hassan serta Ketua Cawangan, Alia Saim.

Anak-anak yatim tersebut dikunjungi di PASTI Al-Hidayah Parit Bulat dan PASTI Hadi Parit Tarom, termasuk melawat ibu tunggal, Norhayati Abd Samad dan Noraini Ahmad di Parit Pechah.

Berserta dengan kehadiran itu, rombongan turut menghulurkan sumbangan wang tunai dan hamper makanan ringan sebagai meringankan beban serta menceriakan mereka yang dikunjungi.

"Amalan menyantuni anak yatim ini menjadi rutin Halwa kerana mereka ini golongan yang dekat dengan Rasulullah seperti dua jari," ujarnya mengusap kepala anak yatim disantuninya. - HARAKAHDAILY 11/9/2019

IMG 20190911 WA0029

IMG 20190911 WA0030