21
Sat, Sep
33 Artikel Baru

Hiking Merdeka DACS Tambun tawan Bkt Kledang

Berita
Typography

IPOH: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Tambun telah melaksanakan program Hiking Merdeka 2019 mendaki Bukit Kledang, di sini kelmarin dahulu.

Pengarah DACS Malaysia, Ustaz Hafez Sabri membuat pelepasan permulaan dan membawa empat panji iaitu bendera Malaysia, bendera Perak, bendera PAS dan bendera DACS Tambun.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun, bahkan telah mengetuai pendakian tersebut bersama saf kepimpinan Pemuda PAS Tambun dan anak muda setempat.

Beliau turut menyampaikan tazkirah berkaitan Sirah Rasulullah S.A.W dan peranan para pemuda dalam memperjuangkan Islam seusai solat sunat Dhuha berjemaah di puncak.

Sebelum itu, Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS Tambun yang juga Guru Besar SRITI Al-Istiqamah, Ustaz Mohammad Saiful Mohamed Kamal berkongsi cara berwuduk menggunakan semburan botol.

Sementara itu, diadakan juga kuiz kemerdekaan dan hadiah bertuah yang disumbangkan penaja kepada para peserta menambah kemeriahan program.

Turut serta dalam program tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Mohd Fariq Izwan Md Bahrin dan Naib Ketua Pemuda PAS Tambun, Saiful Nizam Ismail. - HARAKAHDAILY 11/9/2019

IMG 20190911 WA0012

IMG 20190911 WA0011

IMG 20190911 WA0008

IMG 20190911 WA0006