21
Sat, Sep
33 Artikel Baru

Siti Zailah suntik taujihat perjuangan Muslimat PP

Berita
Typography

NIBONG TEBAL: Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan majlis bersama Ketua Muslimat PAS Negeri Kelantan, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff di Tahfiz Manhal, Simpang Ampat, di sini kelmarin.

Ianya turut disertai oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Harian Muslimat PAS Kawasan-kawasan seluruh Pulau Pinang bermula dengan solat Asar berjemaah dan bacaan al-Mathurat bersama.

Ustazah Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang dalam taujihatnya mengingatkan peri penting usaha mengukuhkan organisasi dengan membina hubungan kuat bersama Allah.

Nasihat beliau, pandangan Allah adalah segala-galanya mengatasi pandangan manusia di mana menuntut pendukung PAS terus mara tanpa menghirau lemparan fitnah dan kata-kata negatif.

Program yang bertujuan mengerat dan meneguhkan saf Muslimat PAS Pulau Pinang itu dipimpin Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idrus. - HARAKAHDAILY 9/9/2019

IMG 20190909 WA0053