21
Sat, Sep
33 Artikel Baru

14 Sept jadi dokumen sejarah penting negara

Berita
Typography

KANGAR: Detik 14 September 2019 yang ditunggu rakyat negara ini akan menjadi dokumen sejarah penting negara menyaksikan kebangkitan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin berkata, tarikh itu bakal mencatat sejarah tersendiri yang sudah pasti membuatkan musuh politik merasa gerun terhadap penyatuan terbabit.

"Saya cukup gembira dengan perkembangan yang berlaku sekarang. Malah hasil tinjauan di beberapa negeri sebelum ini menyaksikan rakyat begitu mengimpikan penyatuan antara Umno dan PAS menjadi kenyataan.

“Saya percaya puluhan ribu penyokong PAS dan Umno akan menyertai himpunan itu pada Sabtu ini,” katanya di sini semalam.

Kemuncak himpunan tersebut yang akan diadakan Pusat Dagangan Dunia Putra yang menempatkan ibu pejabat Umno Malaysia, majlis menandatangani piagam kerjasama kedua-dua parti Melayu terbesar itu. – HARAKAHDAILY 9/9/2019