22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

PASRelief lancar tabung Kemanusiaan Kashmir

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) telah melancarkan Dana Kemanusiaan Kashmir bagi membantu saudara Muslim yang berada dalam risiko nyawa dan ambang pembunuhan.

Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah memaklumkan, terdapat sekitar 12 juta penduduk Muslim Kashmir kini menderita akibat terkurung sejak bulan lalu dan berada dalam kawalan tentera India.

Menurutnya, situasi genting tersebut terjadi selepas Kerajaan India melucutkan status autonomi dan kedudukan istimewa asal di Wilayah Kashmir, sekali gus menjadi tanggungjawab Muslim seluruh dunia membantu.

PASRelief juga turut melancarkan tabungan khas buat Milagros Campomayor atau nama Islamnya Jamilah yang menghidap kanser dan amat memerlukan rawatan segera dari sumbangan prihatin orang ramai.

Jamilah merupakan anak angkat bekas Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak semasa di Mindanao, Filipina dahulu dan memeluk Islam di Malaysia.

Dua siri kisah beliau telah dipaparkan di Harakahdaily sebelum ini dan pihak PASRelief akan ke Mindanao bagi menyerahkan sumbangan kepada Jamilah pada lawatan 23 hingga 26 September nanti.

Sehubungan itu, warga yang ihsan diseru menghulurkan sumbangan menerusi akan Maybank 5640 7061 2333 (PASRelief) atau 5640 7061 1352 (Tabung Kemanusiaan Antarabangsa) bagi kedua-dua tujuan tersebut.

Sebarang pertanyaan atau makluman boleh hubungi 019-450 0660 (Ustaz Yusni) atau 012-596 9220 (Haji Sanusi) atau 019-989 4125 (Ustaz Wan Sukairi) atau 018-385 4483 (Puan Hafiza) atau 011-2077 5802 (Haji Yunus). - HARAKAHDAILY 7/9/2019

https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12789-milagros-capomayor-mila-dan-ayahnya-tan-sri-uar

https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12879-jariah-dakwah-uar-yang-dipanjangkan-anaknya

IMG 20190907 WA0049

IMG 20190907 WA0050