21
Sat, Sep
28 Artikel Baru

Istana Kelantan kesal fitnah di media sosial

Berita
Typography

KOTA BHARU:  Istana Kelantan melahirkan rasa kesal di atas penyebaran gambar-gambar peribadi Sultan Muhammad V di media sosial.

Baginda juga turut berasa kesal berkaitan semua kiriman yang tidak beradab berkaitan kehidupan peribadi baginda di media sosial.

Pengelola Istana D’Raja Kelantan Dato’ Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata Istana Kelantan menafikan sekeras-kerasnya segala kenyataan yang tidak benar berunsur fitnah yang disiarkan bersama gambar-gambar berkenaan.

Katanya, bukan menjadi kelaziman pihak Istana Kelantan untuk memberi penjelasan berkaitan bualan di media sosial.

“Tetapi Istana Kelantan telah mengambil keputusan untuk menjernihkan kekeruhan yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan rakyat.

“Sekali lagi pihak istana menyeru rakyat Kelantan agar tidak terpengaruh dengan penyebaran kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah,” katanya di sini.

Kata beliau berita yang tidak sahih dan khabar angin itu juga menyebabkan berlaku pertelagahan di media sosial. – HARAKAHDAILY 6/9/2019