22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

PAS-Umno Puchong bentuk sekretariat bersama

Berita
Typography
PUCHONG: PAS Kawasan dan Umno Bahagian mengukuhkan hubungan keduanya apabila mengadakan membuat pertemuan rasmi di IOI Palm Garden Golf Resoft, di sini kelmarin.
 
Kedua pihak telah bertemu melangsungkan Mesyuarat Pertama Sekretariat Perpaduan Ummah Parlimen Puchong sekali gus mendukung agenda umat yang semakin mengukuh ini.
 
PAS Puchong diwakili Yang DiPertua, Ustaz Dr Muhammad Zuhaili Saiman dan Ketua Pemuda, Ustaz Mohd Ashrul Hisyam Abdul Jalil serta Ketua Muslimat, Norzaihan Ismail termasuk Ketua Ameerah, Fatin Nur Lyana Abdul Rahman.
 
Manakala Umno Puchong pula, Ketua, Datuk Dr Mohamad Satim Diman dan Ketua Wanita, Hasnah Dain serta Ketua Puteri, Azirah Yahyah dan beberapa Ahli Jawatankuasa yang lain. 
 
Mesyuarat tersebut telah membincangkan beberapa agenda penting antaranya pengesahan Ahli Jawatankuasa Sekretariat Perpaduan Ummah dari pihak PAS dan Umno Puchong.
 
Selain itu, kedua pihak juga mengadakan analisis hasil PRU14 serta jangkaan hasil gabungan undi dan perancangan awal program bersama akan dilaksanakan.
 
Antara hasil mesyuarat ialah Sekretariat Perpaduan Ummah bersetuju dan menegaskan agar di peringkat Parlimen akan menerima dan melaksanakan strategi dari peringkat atasan yang terdiri dari Pusat dan Negeri. 
 
Selain itu,setiap pihak sama ada PAS dan Umno mesti bersedia dan menguatkan jentera dengan kefahahaman dan persiapan penuh bermula sekarang bagi menghadapi PRU15. - HARAKAHDAILY 27/8/2019