21
Sat, Sep
30 Artikel Baru

Kelantan perkasa pusat pengajian pondok

Pelajar cemerlang Kias menerima anugerah daripada Menteri Besar.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Institusi pengajian pondok di Kelantan bermula di Pulai Chondong pada 1820-an. Pondok itu dirintis Haji Abdul Samad (Tok Pulai Chondong).

Sejak tempoh itu pusat pengajian pondok semakin berkembang di Kelantan, di mana ketika era kegemilangannya terdapat kira-kira 100 institusi pondok.

Bagaimanapun selepas kedatangan penjajahan bilangan pusat pengajian pondok susut di Kelantan, lebih-lebih lagi selepas sekolah agama mulai diperkenalkan.

Bagaimanapun selepas PAS mentadbir Kelantan pada akhir 1990, institusi pengajian pondok mulai diperkasakan kembali.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pusat pengajian pondok di negeri itu semakin berkembang di mana sekarang terdapat 40.

“Kelantan diberi gelaran Serambi Mekah dan Bumi Tadahan Wahyu hampir ratusan tahun dahulu. Institusi pondok lambang kemasyhuran Islam yang menyinari masyarakat Kelantan,” ujarnya ketika menyampaikan ucaptama sempena Istiadat Konvokesyen Kolej Sultan Ismail Petra (Kias) ke-21 di Balai Islam, Lundang semalam.

Pada majlis itu seramai 210 graduan menerima diploma. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Ketua Eksekutif Kias, Prof Dr Ab Aziz Mohd Zin.– HARAKAHDAILY 26/8/2019