22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

Pasar Rakyat Prihatin LKK adakan jualan harga patut

Berita
Typography

PASIR GUDANG: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Pasir Gudang meneruskan rutin program Pasar Rakyat Prihatin yang kali ini diadakan di Tapak Pasar Tani Jalan Tasek Bandar Seri Alam.

Program diketuai Pengerusi LKK PAS Pasir Gudang, Roslita Rohani dan turut dihadiri Pengerusi LKK PAS Negeri Johor, Ab Aziz Abdullah ini telah membuka aneka pilihan jualan mereka seawal jam 7:30 pagi semalam.

Inisitif yang telah bermula sebelum PRU14 itu bertujuan membuat jualan harga patut untuk penduduk sekitar merasai nikmat hasil laut segar disamping bermesra atas keprihatinan yang dizahirkan dari program itu.

Paling mendapat tumpuan pada jualan kali ini adalah sotong dan udang disamping pelbagai jenis ikan, juga sayuran harga murah, serta sardin dan sabun cecair Muslim di mana semua barangan dengan nilai RM8,000 itu habis dijual.

Ujar Roslita, inisiatif tersebut akan terus dilangsungkan secara bulanan pihaknya agar dapat membantu meringankan beban kos sara hidup penduduk khususnya yang menetap sekitar Masai dan Pasir Gudang. -HARAKAHDAILY 25/8/2019

IMG 20190825 WA0005

IMG 20190825 WA0008