19
Thu, Sep
39 Artikel Baru

PRU15: PAS-Umno Sabah sedia bentuk kerajaan

Berita
Typography

SEMPORNA: Kerjasama ta'awun antara PAS dan Umno diyakini menjadi kelebihan bagi meraih kemenangan majoriti di Dun Sabah pada PRU15, sekali gus membentuk gabungan Kerajaan Negeri buat pertama kali.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Semporna, Aizal Samsaruddin berkata, sejarah baru itu dapat dicipta melalui ta'awun tersebut di mana mampu menarik keyakinan rakyat untuk memberi mandat bagi PAS-Umno mentadbir.

Kerjasana dua entiti terbesar Melayu-Islam ini kian mengukuh termasuk di Parlimen ini yang dibuktikan oleh delegasi PAS Semporna hadir ke Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Semporna, semalam.

Majlis disempurnakan perasmiannya oleh Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Datuk Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh dari Kelantan dan telah dilangsungkan di Dewan Masyarakat Semporna, di sini.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kerjasama PAS-Umno adalah atas dasar roh perjuangan Melayu-Islam di mana keduanya lahir sebelum adanya pilihan raya dan akan bangkit, sekali gus menjadikan kerajaan kini hanya memerintah sepenggal. - HARAKAHDAILY 25/8/2019