19
Thu, Sep
40 Artikel Baru

Adun Penaga menyantuni penduduk terlantar sakit

Berita
Typography

KEPALA BATAS: Pusat Khidmat Adun Penaga telah mengadakan rutin ziarahnya menyantuni hal ehwal para penduduk di mana delegasi ke Kampung Lahar Kepar, di sini hari ini.

Menerusi kunjungan diadakan, pihak Pusat Khidmat yang selalunya diwakili sendiri Adun PAS Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah menyelami langsung keadaan semasa penduduk.

Saad Hashim, 74 yang terlantar sakit akibat serangan angin ahmar serta menghidap kencing manis dan darah tinggi antara dilawati Ustaz Yusni seusai khutbah di Masjid Kampung Padang.

Warga emas itu kini sudah tidak berupaya lagi untuk menguruskan diri termasuk makan minumnya sejak Mei lalu, sedang dia juga punyai anak Orang Kurang Upaya, Solehah Saad, 43.

Sehubungan itu, beliau yang hadir bersama Ketua PAS Cawangan Lahar Kepar, Ahmad Kamil Hashim telah menyerahkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban beliau.

Warga Malaysia yang prihatin turut sama boleh membantu usaha ini dengan sumbangan boleh dibuat ke Tabung Kebajikan Pusat Khidmat di Maybank 5572 5006 5963 atas nama MYMP Ummah Resources. - HARAKAHDAILY 23/8/2019

IMG 20190823 WA0051