19
Thu, Sep
32 Artikel Baru

Murid PASTI Ar-Raudhah didedah pengalaman haji

Berita
Typography

BERA: PASTI Ar-Raudhah telah mengadakan program Simulasi Haji Cilik yang dijalankan di pekarangan premis ini di Taman Kerayong Makmur, di sini pagi tadi.

Ianya bertujuan memberi pendedahan awal mengenai Rukun Islam kelima serta pengalaman amalan haji kepada 40 murid PASTI ini bersempena pula bulan Zulhijjah.

Bimbingan simulasi diberikan sendiri Penyelia PASTI Ar-Raudhah, Sabariah Abdul Latif selaku mutawwifah dan penganjur program kali kedua disamping guru-guru lain.

Semua murid didedahkan dengan modul berkaitan amali tawaf, saie danjamrah dengan penampilan ihram, selain penjelasan berkaitan ibadah tersebut.

Menurut Ketua Guru PASTI Ar-Raudhah, Rashidah Mohamad Alias, program ini sangat memberi manfaat kepada murid, bahkan guru juga selain ibu bapa. - HARAKAHDAILY 23/8/2019