19
Thu, Sep
40 Artikel Baru

PAS Pagoh terus terima sokongan dan ahli baru

Berita
Typography

PAGOH: Ketika pelbagai tohmahan buruk disebarkan terhadap PAS dan kepimpinannya, rakyat era media terbuka dengan maklumat dihujung jari masing-masing menunjukkan sikap penerimaan sebaliknya terhadap parti ini.

Sebagaimana fenomena seluruh negara, PAS Kawasan Pagoh juga turut dilanda gelombang penerimaan masyarakat yang memohon untuk menjadi ahli PAS di mana majlis ringkas serahan borang telah dilangsungkan kelmarin.

Sebanyak 40 borang permohonan keahlian baru telah disampaikan Yang DiPertua PAS Pagoh, Ustaz Abd Samad Surib pada majlis yang diadakan di kediaman Adun PAS Bukit Pasir, Kapt (B) Najib Lep di Edu Hub, di sini.

Semua borang-borang tersebut telah diterima Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Roslan Nikmat dan turut disaksikan Ketua Pemuda PAS Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Dato' Mahfodz serta saf pimpinan Pagoh.

Ustaz Abd Samad melahirkan harapan agar kekuatan PAS di Pagoh dapat diperkukuhkan dan disebar luas, selain turut menekankan agar ahli yang ada istiqamah dalam perjuangan menggapai kemenangan dunia dan akhirat. - HARAKAHDAILY 23/8/2019

IMG 20190823 WA0038