21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Peguam cadang guna istilah Tanah Melayu

Ustaz Nik Zawawi Salleh pada kuliah di Medan Ilmu.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Seorang peguam mencadangkan wajar diguna istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu selaras dengan Perkara 113 (6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagan Persekutuan.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, penggunaan istilah Semenanjung Malaysia dihentikan kerana istilah itu tidak wujud dalam perlembagaan negara.

Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beliau mengemukakan 25 tuntutan orang Melayu sempena sambutan ke-70 penubuhan Tanah Melayu (Malaya).

Beliau juga mahu kerajaan mendedahkan sama ada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang diberi antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar atau tidak.

Surat terbuka itu turut disiarkan akhbar Harakah edisi terbaharu di pasaran sekarang.

Manakala dalam perkembangan berkaitan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh pula berkata, setiap bangsa di dunia ada negara sendiri.

“Misalnya orang Cina ada negara Cina, orang India ada negara India, orang Jepun ada negara Jepun. Begitu juga Malaysia milik orang Melayu.

“Jadi bangsa lain yang tinggal di negara ini hendaklah kena hormat kepada tuan asal negara ini,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu, hari ini.

Menurutnya juga orang Melayu sebagai pemilik asal negara ini sedia bertolak ansur dengan penjajah yang memberi kewarganegaraan kepada bangsa lain dibawa ke Tanah Melayu sebelum merdeka.– HARAKAHDAILY 23/8/2019