17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Rombongan PAS Pahang sokong padu ke HIMPUN

Berita
Typography

KUANTAN: PAS Kawasan-kawasan seluruh negeri ini telah membuktikan dukungan padu apabila mengadakan rombongan ke Himpunan Perpaduan Ummah (HIMPUN) Pantai Timur di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu, malam tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Raub, Nor Amin Mohd Hanafi mengetuai sebuah bas PAS Raub, sementara PAS Kawasan Kuala Krau lebih bersemangat apabila menghantar dua bas melibatkan ahli-ahlinya dari Dun Jengka, Dun Jenderak dan Dun Kerdau.

Manakala PAS Kawasan Bera juga tidak ketinggalan dengan sebuah PAS, sementara PAS Kawasan Lipis pula saling ta'awun apabila mengumpulkan sumbangan ahli-ahlinya untuk turut menghantar sebuah bas sambil rombongan juga makan angin di beberapa lokasi.

Kesempatan sama turut dilaksanakan PASTI At-Takwa Chegar Perah juga dalam Kawasan Lipis yang menyertai himpunan tersebut dengan mengadakan Lawatan Sambil Belajar, manakala PAS Kawasan Indera Mahkota pula berpakat dengan kenderaan masing-masing.

PAS Kawasan Bentong dan PAS Kawasan Maran juga bergerak masing-masing dengan sebuah bas di mana turut serta memberi sokongan kepada anggota rombongan PAS Maran adalah Adun PAS Luit, Mohd Sofian Abd Jalil.

Begitu juga tidak ketinggalan PAS Kawasan Rompin yang menyusur perjalanan paling Timur dengan sebuah bas, manakala PAS Kawasan Paya Besar pula berkonvoi enam kereta dan satu van, disertai PAS Kawasan Temerloh juga dengan sebuah bas.

HIMPUN yang menampilkan tiga Menteri Besar dari negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang itu merupakan cetusan Presiden PAS yang mahu satu himpunan sebagai tonggak penting umat Melayu Islam terutama antara PAS dan Umno dari koridor itu.

Di mana kata Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, kejayaan HIMPUN akan menjadi kayu ukur kepada ta'awun antara PAS dan Umno yakni kemampuan kebersatuan kepimpinan Islam di negara ini, selain memohon pertolongan daripada Allah S.W.T.

Munajat mega menjadi latar belakang penting himpunan ini yang menyaksikan puluhan ribu hadirin tunduk kepada Allah menunaikan solat berjamaah dengan kemuncak acara adalah ceramah disampaikan oleh ketiga-tiga Menteri Besar tersebut. - HARAKAHDAILY 23/8/2019

20190823 084006

IMG 20190823 WA0017

IMG 20190823 WA0014

IMG 20190823 WA0013

IMG 20190823 WA0012

IMG 20190823 WA0010

IMG 20190823 WA0011