21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Banyak agenda rakyat terhenti bawah PH Selangor

Berita
Typography

BANGI: Sejak pemerintahan PH, banyak program kesejahteraan kebajikan rakyat dihentikan, sebaliknya berbangkit perkara-perkara yang meresahkan mereka, demikian menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohd Shafie Ngah.

Sehubungan itu katanya, amat penting PAS dan Umno berganding bahu memimpin pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor serta membuktikan kemampuan mentadbir dengan mendepani segala hal ehwal rakyat dan kemajuan negeri.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Bangi menyatakan demikian ketika hadir ke majlis jamuan meraikan ahli-ahli PAS Cawangan Seksyen 4 Tambahan dan Umno Cawangan Jalan 4/11 di Seksyen 4 Tambahan, di sini semalam.

Hadir sama pada majlis yang dihadiri sekitar 30 ahli kedua-dua parti dari Cawangan tersebut dengan tujuan mengeratkan lagi perpaduan ummah antara PAS dan Umno itu adalah Ketua Umno Bahagian Bangi, Dato' Mohd Zaidi Md Zain.

Beliau dalam ucapannya turut menyeru agar umat Islam bersatu sebagai bukti kekuatan di mana natijahnya sudahpun terzahir semasa PRK Semenyih sebelum ini, sedangkan perpecahan hanya merugikan bangsa Melayu.

Program julung kali bagi kedua-dua Cawangan tersebut bertambah seri dengan kejutan menjelang jam 12 malam apabila ditampilkan kek bagi meraikan Ustaz Shafie dan Dato' Dr Zaidi yang ulang tahun kelahiran mereka jatuh pada 21 dan 22 Ogos. - HARAKAHDAILY 22/8/2019

IMG 20190822 WA0061

IMG 20190822 WA0063