15
Tue, Oct
16 Artikel Baru

Gojek: Perlu garis panduan ketat

Siti Zailah Mohd Yusof menziarahi penduduk di Rantau Panjang.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan perlu menetapkan satu garis panduan yang ketat sebelum perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek-DegoRide dilaksanakan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, garis panduan itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku apabila pengunaan melibatkan lain jantina.

"Kita boleh terima jika pemandu dan penumpang kedua-duanya wanita, tetapi kita tidak mahu gojek digunakan oleh pemandu lelaki dan penumpang wanita kerana ia akan menjadi masalah.

"Jadi kita meminta kerajaan membuat garis panduan dan syarat supaya ia tidak disalahgunakan individu dan pihak-pihak tidak bertanggungjawab," katanya di sini.

Beliau ditemui pada majlis meraikan 136 petugas dan sukarelawan Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah 2019 di kediaman rasmi Menteri Besar JKR 10 hari ini.

Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengumumkan jemaah menteri memberi lampu hijau pelaksanaan inisiatif Gojek-DegoRide di negara ini. – HARAKAHDAILY 22/8/2019