21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Produk popular Asean di Food Festival

Mohd. Aidil Afizie Daud menunjukkan makanan popular negara Asean.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Sebanyak 30 gerai mempamerkan pelbagai jenis produk menarik dan popular di negara-negara Asean diketengahkan pada Asean Food & Heritage Festival di sini.

Antara menu menarik sepanjang 10 hari program itu diadakan termasuk somtam, laksa thai, ayam susu, aiskrim kelapa, teh tarik madu dan baby crap.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud berkata, keseluruhan hampir 100 gerai menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman sempena program itu.

Katanya program itu diadakan untuk mempromosikan makanan Asean sebagai salah satu usaha menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.

“Program berkenaan akan menjadi pemangkin sempena Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya di sini.

Asean Food & Heritage Festival diadakan bermula hari ini sehingga 31 Ogos diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. – HARAKAHDAILY 22/8/2019