19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Penjelasan kenapa kulit ayam jadi lauk harian

Nazman bersama Muhamad Zuhaidi Safin.

Berita
Typography

KUALA KRAI: Kalau era 1990-an disiarkan slot Kelantan Gerhana oleh RTM bagi menggambarkan kemiskinan rakyat di Serambi Mekah.

Namun sekarang masih ada media mengutip cerita separuh masak bagi menggambarkan rakyat Kelantan miskin.

Dan semalam pula dipaparkan ada keluarga di Kampung Tengah dekat sini makan kulit ayam sebagai menu harian lima beranak.

Bagaimanapun ketua keluarga terbabit Muhamad Zuhaidi Safin menjelaskan makan kulit ayam bukan perkara pelik kerana terdapat penduduk kampung lain juga memasak kulit tersebut.

Kata beliau, isterinya mengambil semua kulit itu daripada pengusaha kantin dan membahagi pula kepada surirumah berdekatan.

“Tidak berbangkit saya tidak mampu membeli lauk ayam, ikan dan daging bagi keperluan keluarga seperti disiar beberapa akhbar semalam.

“Walaupun kulit ayam kurang digemari orang lain, namun bagi keluarga saya kulit ayam merupakan lauk yang menyelerakan,” katanya di sini.

Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Nazman Che Iberahim berkata, Zuhaidi bekerja sebagai tukang rumah dengan upah RM60 sehari.

Katanya, beliau juga diberi duit petrol RM5 sehari untuk berulang alik ke tempat kerja.

“Ia membawa maksud RM65 sehari dan seminggu sekiranya bekerja 6 hari dia mendapat RM390 dan sebulan sekitar RM1,560,” katanya di sini.

Oleh itu kata Nazman, Zuhaidi mahu berita itu diperbetulkan kerana ia mengaibkan keluarganya. – HARAKAHDAILY 21/8/2019