19
Thu, Sep
43 Artikel Baru

PAS, Umno berkongsi pentas di Gua Musang

Berita
Typography

GUA MUSANG: Penyatuan ummah yang menjadi gelombang sekarang turut menjalar ke Gua Musang, kawasan dikenali kubu Umno paling utuh di Kelantan.

Malam tadi menyaksikan pemimpin PAS dan Umno berkongsi pentas sempena ceramah jerayawara Dr Zakir Naik: The Kelantan Tour 209 di padang awam Sungai Asap B malam tadi.

Tiga Adun BN turut hadir iaitu Adun Nenggiri Abdul Aziz Yusof, Adun Galas Mohd Shahbuddin Hashim dan Adun Paloh Amran Arifin.

Lebih 1,000 penduduk tempatan hadir biarpun hujan lebat sejak Maghrib.

Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang Mohd Suapi Ab Razak berkata, orang ramai tetap datang tanpa menghiraukan hujan lebat sejak awal malam.

“Mereka tetap bersemangat lebih-lebih lagi pertama kali dalam sejarah menyaksikan pemimpin PAS dan Umno berkongsi satu pentas yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Inilah kesan gelombang penyatuan ummah yang menjadi kebimbangan Pakatan Harapan sekarang,” katanya di sini.

Ceramah disampaikan Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad, ahli parlimen Pengkalan Chepa Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, Yang Dipertua PAS Gua Musang Ustaz Azman Ahmad dan Adun Nenggiri.

Turut hadir Penyelia Dun Galas Ustaz Suhaimi Mat Deris dan Penyelia Parlimen Gua Musang Ustaz Abdullah Hussain. – HARAKAHDAILY 31/7/2019