14
Mon, Oct
5 Artikel Baru

ARC Gerik dan Lenggong berkonvoi kenduri durian

Berita
Typography
LENGGONG: Kelab Permotoran ARC Gerik dan ARC Lenggong  telah mengadakan konvoi dan mengadakan kenduri durian di Kampung Kuak, di sini semalam.
 
Turut serta dalam konvoi ini ialah Ketua Pemuda PAS Lenggong, Ustaz Rifaat Razman yang juga mantan calon Dun Kota Tampan PRU14.
 
Konvoi melibatkan 20 motor dan hampir 30 peserta ini diadakan bagi mengeratkan ukhuwah sesama ahli kelab.
 
Perjalanan bermula dari Petronas Lata Kekabu jam 3 petang ini tiba di destinasi hampir jam 5 petang di mana wlaupun ingkas, tetapi memberi impak tinggi terhadap kesatuan para ahli.
 
Pengerusi DACS Gerik, Shahrulnizam Abdul Ali menyifatkan konvoi ukhuwah seperti ini harus diteruskan bagi melahirkan rasa kebersamaan melalui aktiviti aktiviti santai.
 
"ARC berperanan menggabungkan semua jenis motor, besar dan kecil untuk beraktiviti sekali.
 
"Secara tidak langsung akan mengecilkan jurang perbezaan antara pemilik motorsikal dan seterusnya membina ukhuwah," ujar beliau.
 
ARC Gerik sebelum ini juga kerap mengadakan aktiviti bersama, seperti Konvoi ke Cameron Hilghland, Teh Tarik Session dan banyak lagi.
 
Selain itu, ARC Gerik juga telah bekerjasama dengan Lajnah Dakwah Pemuda PAS Gerik mengedarkan sumbangan kepada lebih 200 rumah pada Ramadan baru-baru ini. - HARAKAHDAILY 20/7/2019