19
Thu, Sep
32 Artikel Baru

SRITI Padang Rengas rayu sumbangan pembangunan

Berita
Typography
PADANG RENGAS: PAS Kawasan Padang Rengas mendepani dunia moden serba mencabar kini dengan mengenengahkan pendidikan rendah Islam menerusi penubuhan SRITI At-Taqwa.
 
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Ustaz Mohamad Sauffi Asyraf, SRITI sulung ini ditubuhkan pada September 2017 atas inisiatif masyarakat awam yang ingin melihat kewujudan sekolah rendah berteraskan pendidikan Islam di sini. 
 
Menurut beliau, sekolah rendah yang beroperasi di atas tanah wakaf seluas satu ekar itu kini menampung 27 murid darjah tahun satu dan dua. 
 
“Berdasarkan maklum balas ibu bapa dan masyarakat sekitar, permintaan untuk kemasukan sesi 2020 dijangkakan adalah sangat tinggi. Namun dua kelas sedia ada tidak dapat menampung bilangan tersebut. 
 
“Pihak Jawatankuasa Pembangunan telah merangka Kertas Kerja Dasar Pembangunan melibatkan tiga fasa pembangunan dengan keseluruhan kos sebanyak RM980,000. 
 
"Kini fasa pertama bangunan setingkat yang menyediakan empat kelas sedang berjalan. Namun atas faktor kewangan, operasi pembinaan agak perlahan dan barangkali terhenti.
 
“Oleh itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Pembangunan SRITI At-Taqwa memohon sumbangan para dermawan yang budiman untuk menyumbang bagi fasa pertama pembangunan yang berjumlah RM200,000. 
 
"Semoga sumbangan tuan puan ini diangkat oleh Allah sebagai sedekah jariah yang berkekalan pahalanya hingga Hari Kiamat," ujar beliau lagi.
 
Dermawan yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank CIMB (8603414522) atas nama SRITI At-Taqwa Padang Rengas.
 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada Ustaz Sauffi (011-13125809) atau Bendahari SRITI At-Taqwa, Ahmad Rizaudin Yeob (019-5702924). - HARAKAHDAILY 20/7/2019
IMG 20190720 WA0009
 
IMG 20190720 WA0004
 
IMG 20190720 WA0002