19
Thu, Sep
33 Artikel Baru

Kelantan bina 74% rumah mampu milik

Rumah mampu milik di Kok Lanas.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berjaya membina sebanyak 74.20 peratus Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) dan bukannya 3.2 peratus sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, jumlah tersebut mengikut dasar dan keputusan Exco dan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN).

Katanya, pada awal Julai lepas mesyuarat Exco meluluskan cadangan definisi RMMK dengan menetapkan setiap pembinaan rumah yang selaras dengan keluasan 850 kaki persegi ke bawah dan harga RM130,000 ke bawah.

"Rumah mampu milik tersebut dibina kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan, badan berkanun dan mana-mana pemaju persendirian serta swasta diambil kira sebagai Dasar RMMK," katanya di sini.

Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 menyatakan pencapaian RMMK hanya 160 unit (3.2 peratus) sebagai tidak mencapai objektif ditetapkan kerana sasaran menyediakan 5,000 unit RMMK dalam tempoh 2014 hingga 2018. – HARAKAHDAILY 18/7/2019