19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

PAS cakna kejadian ribut di FELDA Lasah, Sg Siput

Berita
Typography
SUNGAI SIPUT: Kejadian ribut yang melanda daerah ini turut menyebabkan kerosakan terhadap struktur Masjid Ar-Rahmaniah, Felda Lasah, di sini petang kelmarin.
 
Sehubungan itu kerja-kerja pembersihan telah digerakkan secara gotong-royong hasil kerjasama penduduk setempat dan orang awam yang menjayakannya pagi semalam.
 
Inisiatif itu dipimpin Pengerusi Masjid Ar-Rahmaniah, Dr Ahmad Fadhil Mohd Shahidi dan Ketua Kampung, Kabil Hashim, selain turut disertai Yang DiPertua PAS Kawasan Sungai Siput, Ustaz Isran Fahmi.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib bersama Setiausaha PAS Sungai Siput, Ahmad Syamil Mohd Nazri turut hadir membuat tinjauan.
 
Antara struktur masjid yang mengalami kerosakan adalah pintu kaca, termasuk kedai gunting rambut dalam kawasan masjid milik penduduk tempatan, selain 'awning' garaj dengan anggaran kerugian RM30,000.
 
Ustaz Ismi juga Pengarah Khidmat Malaysia Perak memaklumkan kejadian tersebut turut menyebabkan kerosakan kereta jemaah yang diletakkan di parkir masjid akibat dihempap sengkuap.
 
Sumbangan daripada PAS telah diserahkan Ustaz Ismi kepada Jawatankuasa Masjid dam orang ramai juga boleh hulurkan sumbangan ke akaun Maybank Masjid Ar-Rahmaniah 5582 0270 1059. - HARAKAHDAILY 17/7/2019