17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Kempen murid PASTI sambung pengajian di SRITI

Berita
Typography
KEPALA BATAS: Para pelajar dan guru PASTI Ar-Rasyidin, Padang Benggali telah diberi taklimat mengenai tawaran menyambung pengajian ke SRITI Fathul Arifin, Penaga bagi sesi tahun 2020.
 
Pendedahan mengenainya telah disampaikan oleh Pengajar SRITI Fathul Arifin, Ustazah Syamela Azizah Md Sobhi ketika berkunjung ke PASTI Ar-Rasyidin, di sini pagi semalam.
 
Sesi taklimat tersebut melibatkan seramai 34 murid tahun 6 dan tiga guru PASTI ini sebagai pengenalan supaya mereka kelak berminat dan memilih menyambung pengajian di SRITI.
 
SRITI merupakan sekolah rendah yang mempunyai silibus lengkap meliputi tahfiz, diniah, kaffah dan akademik di mana menjadi kesinambungan kepada pendidikan awal pra sekolah PASTI.
 
Ketua Guru PASTI Ar-Rasyidin, Norfadilahwati Sobri berkata, beliau berharap selain pelajar, agar ibu bapa juga berminat menghantar anak-anak mereka ke SRITI mendapatkan pendidikan Islam. - HARAKAHDAILY 17/7/2019