17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Rumah Mampu Milik siap ikut perancangan

Sidang media Mohd Amar Abdullah selepas mesyuarat Exco.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Jabatan Audit Negara dianggap kurang memahami pelaksanaan program Rumah Mampu Milik di Kelantan kerana ia dilaksanakan agensi kerajaan dan pihak swasta.

Timbalan Menteri Besar Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, program itu bukan sahaja diurus kerajaan negeri dan agensinya semata-mata.

Sebaliknya kata beliau ia turut dilaksana syarikat-syarikat swasta termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Program rumah mampu milik yang dimaksudkan Jabatan Audit Negara terdapat sedikit kekeliruan dalam pemahaman mereka berkaitan pembinaan rumah itu yang disifatkan hanya beberapa peratus sahaja,” katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Mohd Amar juga berkata, kerajaan negeri berjaya menyiapkan program Rumah Mampu Milik seperti yang dirancang  bagi tempoh 2014 hingga 2018.

Malah katanya perkara itu sudah dijelaskan panjang lebar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) sebelum ini. – HARAKAHDAILY 17/7/2019