21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

PH resah gelombang penyatuan ummah

Berita
Typography

KANGAR: Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong mungkin gambaran menjelaskan pelawaan pemimpin PAN supaya PAS menyertai PH.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, keutamaan PAS sekarang menjayakan agenda perpaduan ummah bersama Umno dan bukannya menerima pelawaan PH.

“Adakah PH benar-benar tergugat sekarang dengan penyatuan ummah yang berlaku sekarang. Mungkin mereka resah menghadapi gelombang penyatuan ummah sekarang,” katanya di sini.

Baru-baru ini Naib Presiden PAN Dato’ Husam Musa dilapor mempelawa PAS mempertimbangkan tawaran menyertai PH sebagai menyahut gesaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti-parti Melayu menyertai Bersatu. – HARAKAHDAILY 17/7/2019