18
Wed, Sep
33 Artikel Baru

PAS WP sempurnakan jenazah saudara muallaf

Berita
Typography
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan telah mengambil tanggungjawab menguruskan jenazah saudara muallaf di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini kelmarin.
 
Usaha fardu kifayah diketuai Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Wilayah Persekutuan, Abu Baker Sedek ke atas jenazah Muhammad Ali Yeong, 65, dikenalpasti meninggal dunia kerana jangkitan kuman di usus. 
 
Si Mati tiada waris untuk menguruskan jenazahnya lantaran ahli keluarga Allahyarham berbeza agama, namun jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kem Sungai Besi, tengahari sama. 
 
Turut terlibat dalam urusan pengkebumian itu ialah jamaah Madrasah Al Khariah Taman Salak Jaya dan anggota polis dari Balai Polis Salak Selatan Baru. 
 
PAS Wilayah turut merakamkan penghargaan buat para penderma yang telah menjayakan urusan pengkebumian jenazah serta mendoakan agar roh arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. - HARAKAHDAILY 17/7/2019
IMG 20190717 WA0019