16
Wed, Oct
15 Artikel Baru

Penuhi agenda tarbiyah untuk lahir abnaul harakah

Berita
Typography
PARIT: Pemuda PAS Negeri Perak telah menganjurkan Mukhayyam Tarbawi yang telah diadakan di Layang Kanan, di sini semalam dan akan berakhir petang ini.
 
Program berbentuk perkhemahan itu telah dipenuhi pelbagai pengisian rohani kepada peserta selain turut menguji ketahanan fizikal dan minda mereka.
 
Antara dijalankan adalah ukhuwah bermodul, solat sunat awwabin dan tahajud, riadah air, tamrin jasadi dan pesta bola, manakala malamnya menikmati kambing bakar.
 
Menurut Pengarah Mukhayyam, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar, program dilaksanakan ini adalah sebahagian daripada enam program tarbiyah yang wajib dilalui ahli PAS.
 
"Mukhayyam ini adalah sebahagian daripada wasilah tarbiyah yang terasnya usrah dan tamrin. Kita (juga) ada rehlah, 'katibah' dan qiamullail serta mukhayyam. Selain ada daurah dan nadwah, serta terakhir muktamar.
 
"Semua ini berlaku sepanjang tahun. Kalau Pemuda PAS tidak lalui tujuh perkara ini, bagaimana kita nak namakan diri sebagai 'abnaul harakah'? ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan Pemuda PAS Perak. - HARAKAHDAILY 7/7/2019
IMG 20190707 WA0070
 
IMG 20190707 WA0069
 
IMG 20190707 WA0067