16
Wed, Oct
22 Artikel Baru

AJK DPPM disusun ikut kebolehan

Berita
Typography

KUANTAN: Menyelami Ucapan Dasar Presiden PAS yang menekankan pemerkasaan organisasi dalaman parti, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ir Khairil Nizam Khirudin optimis penyusunan organisasi DPPM disusun mengikut kebolehan penyandangnya.

Menyambut saranan Presiden PAS dalam ucapan tersebut, beliau berjaya melengkapkan organisasi DPPM secara keseluruhan dalam masa yang singkat namun cukup teliti untuk menyusun organisasi mengikut kemampuan penyandang.

"Kita memilih exco-exco yang memilih latar belakang yang berbeza, semestinya latar belakang mereka sesuai dengan kebolehan mereka dalam jawatan yang disandang dalam organisasi Pemuda," ujarnya.

Menurut beliau, 50 peratus daripada organisasi DPPM berada di peringkat usia muda di bawah 30 tahun kecuali tiga pimpinan tertinggi yang berada pada usia 30 ke 40 tahun.

Katanya, ia jelas disusun untuk menyelami keperluan dan kepentingan yang diamba generasi muda era ini kecuali jabatan-jabatan yang kukuh seperti Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan sebagainya.

Beliau ketika ditanya sama ada berpuas hati dengan lantikan tersebut berkata sangat melegakan apabila susunan organisasi boleh dilakukan tanpa da pergolakan dalaman parti.

"Membentuk jawatankuasa tanpa konflik dalaman adalah satu kelegaan kepada seorang ketua, ia memudahkan kami untuk terus merancang dan memilih," ujarnya ketika ditemui didalam sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadiuam Tertutuo Sukan Pahang (Sukpa), di sini, hari ini.

Berikut senarai AJK Harian DPPM sesi 2019-2021:

Ketua Pemuda: Ir Khairil Nizam Khirudin

Timbalan Ketua Pemuda: Ahmad Fadhli Shaari

Naib Ketua Pemuda: Afnan Hamimi Taib Azamudden

Setiausaha: Akram Ikrami Taib Azamudden

Bendahari: Roslan Md Esa

Penolong Setiusaha 1: Muhd Khidir Izaidin
Penolong Setiausaha 2: Mohd Aizat Zakaria
Penolong Setiausaha 3: Muhammad Faizzuddin Mohd Zai

Ketua Sektor Pendidikan: Muhtar Suhaili

Ketua Penerangan: Abdul Malek Ab Razak

Pengarah Pilihan Raya: Mohd Al-Ghazali Abu Bakar. – HARAKAHDAILY 22/6/2019

muda1