26
Wed, Jun
17 Artikel Baru

Bubur manis mesrakan PAS dengan penduduk

Berita
Typography

TAMBUN: Edaran tiga jenis bubur manis anjuran Muslimat PAS Cawangan Medan Klebang Restu sempena Ramadhan telah mendapat sambutan baik ibu bapa PASTI dan penduduk setempat.

Ketua Muslimat PAS Medan Klebang Restu, Jamani Azizan berkata, objektif utama edaran bubur manis ini ialah sebagai mengambil berkah dan fadilat bersedekah di bulan yang mulia ini.

Tambah beliau, aktiviti ini berupaya menonjolkan identiti Muslimat PAS untuk bersilaturrahim sesama penduduk di samping menarik minat umum terhadap PAS.

"Insya-Allah Muslimat PAS Klebang Restu berhasrat akan menjadikan program ini sebagai program berkala dan akan terus mengerat ukhwah menyantuni penduduk setempat," ujarnya.

Antara tiga jenis bubur manis yang dimasak secara bergotong-royong di PASTI Al Aisar yang juga Markaz PAS Cawangan itu ialah Bubur Caca, Bubur Gandum dan Bubur Kacang.

Menariknya, dua daripada tiga jenis bubur tersebut dicampur sedikit pulut susu bagi menambah keenakan rasa asalnya yang akan menjadikan bubur tersebut lebih berlemak apabila dijamah. - HARAKAHDAILY 17/5/2019

IMG 20190517 WA0054