18
Fri, Oct
31 Artikel Baru

Rakyat dapat bersua isteri Tengku Mahkota

Tengku Mahkota melawat pesakit ketumbuhan di otak.

Berita
Typography

TUMPAT: Orang ramai di Tumpat buat pertama kali dapat bersua isteri Tengku Mahkota Kelantan Cik Puan Sofie Louise Johansson ketika lawatan pasangan diraja itu di Kampung Bechah Temalang Delima semalam.

Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan isteri berkenan melawat pesakit kronik, Hakim Danial Razali.

Turut mengiringi lawatan baginda Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, anggota Exco Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, anggota parlimen Tumpat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, dan pegawai kerajaan.

Baginda menghabiskan masa kira-kira 45 minit di rumah Hakim bertanya khabar.

Ketibaan pasangan pengantin baharu diraja kira-kira jam 10.15 pagi sedikit sebanyak mengembirakan Hakim yang menderita penyakit ketumbuhan di otak sejak 2017.

Hakim Danial Razali, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu

telah menjalani rawatan penyakitnya sebanyak 30 kali.

Ibunya Zainab Awang, 65 berkata, anak bongsu daripada 12 beradik itu perlu sebanyak RM22,000 untuk menjalani rawatan susulan bagi memastikan sel-sel tidak kembali aktif.

“Setakat ini, Hakim Danial sudah menjalani lima pembedahan untuk membuang ketumbuhan di bahagian kepala,”ujarnya.

Orang ramai yang berminat membantu boleh salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03118-41-00000800-1 atas nama Hakim Danial Razali. - HARAKAHDAILY 24/4/2019