24
Fri, May
20 Artikel Baru

Muslimat terima undangan Mesyuarat Agung Wanita

Berita
Typography
LUMUT: Muslimat PAS Kawasan Lumut turut hadir meraikan jemputan ke Mesyuarat Agung Wanita Umno Cawangan Pasir Panjang Laut yang diadakan di Pasir Panjang, di sini semalam.
 
Delegasi terdiri dari Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin bersama lima Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Lumut yang disambut mesra serta diberi penghormatan menyampaikan ucapan.
 
Katanya, untuk PAS bekerjasama dengan Umno bukan masalah sekiranya perjuangan kedua pihak itu adalah untuk meninggikan martabat dan kemuliaan Islam.
 
"Kita semua adalah dari akidah dan kiblat yang sama, maka kebersamaan ini perlu diterjemahkan dengan kerjasama yang baik," seru beliau penuh semangat untuk mengikat persaudaraan.
 
Ketua Wanita Umno Pasir Panjang Laut, Norizan Mansor pula dalam ucapannya amat menghargai kesudian mantan calon PAS Dun Pasir Panjang itu dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Lumut hadir.
 
"Pertama kali selepas lebih 60 tahun, akhirnya kedua-dua parti besar ini boleh duduk semeja, sesuatu yang di luar jangkaan saya," ujarnya mengundang keinsafan hadirin.
 
Kemesraan dan keserasian yang semakin erat antara kedua pihak tergambar dari keterujaan para perwakilan dan pemerhati Wanita Umno untuk berfotografi bersama Rohawati.
 
Turut hadir pada majlis penuh mahabah itu adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Lumut, Dato' Rashidi Ibrahim dan dua pemerhati tetap mewakili Wanita Umno Lumut. - HARAKAHDAILY 21/4/2019
IMG 20190421 WA0008
 
IMG 20190421 WA0009