16
Wed, Oct
22 Artikel Baru

Pemuda Wangsa Maju terima kunjungan ISMA

Berita
Typography
WANGSA MAJU: Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju telah menerima kunjungan mahabah dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Gombak di Markas Tarbiyah PAS Wangsa Maju, di sini kelmarin dahulu.
 
Pertemuan tersebut bertujuan meneruskan langkah dalam meluas dan mengukuhkan hubungan bersama kedua pihak dalam usaha menyepadukan agenda ummah dan kepentingan Islam.
 
Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Mohd Ghazali berkata, peranan itu dalam usaha meninggikan optimistik dan kesedaran ramai berhubung isu umat Islam sejagat merentas sempadan politik.
 
"Pertemuan kali ini diharap dapat mengeratkan hubungan dua hala disamping mengenal antara satu sama lain serta berkongsi pandangan berkaitan isu umat Islam," ujarnya.
 
Turut hadir sama adalah Yang DiPertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud dan Pengerusi Lajnah Hubungan NGO PAS Wangsa Maju, Ahmad Zulhelmi Ahmad Kamal serta ramai lagi. - HARAKAHDAILY 14/4/2019
IMG 20190414 WA0056