15
Tue, Oct
16 Artikel Baru

Tok Mat menang PRK Rantau

Berita
Typography

SEREMBAN: Setelah semua undi dikira di pusat penjumlahan undi di dewan serbaguna SJK(C) Bandar Sri Sendayan, calon Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Mohamad Hasan memperolehi 10,397 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Dun Rantau, Mohd. Nizam Tajul Arus kira-kira jam 8.45 malam di pusat penjumlahan undi tersebut.

Calon PH, Dr S. Streram mendapat 5,887 manakala calon Bebas, Malarvizhi a/p M Rajaram dan Mohd Nor Yassin masng-masing memungut 83 dan 79 undi.

Dengan jumlah undi yang diperolehi itu, Mohamad yang mesra dengan panggilan Tok Mat berjaya mempertahankan kerusi Dun Rantau. - HARAKAHDAILY 13/4/2019