15
Tue, Oct
17 Artikel Baru

MAT Titiwangsa penuhi muhasabah, ukhuwah

Berita
Typography
TITIWANGSA: PAS Kawasan Titiwangsa telah melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-34 yang dirasmikan Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Dato' Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh di Arina Skyview, di sini semalam.
 
Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Pasir Putih itu telah menyentuh beberapa perkara melibatkan kepentingan membina hubungan dengan kaum bukan Islam dan peluang dakwah kepada Umno yang kini bekerjasama.
 
Pemilihan sempena mesyuarat ini menyaksikan jawatan Yang DiPertua PAS Kawasan dimenangi Khairul Anuar Abdul Manap, manakala Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan oleh Ustaz Suridzal Abdul Halim.
 
Jawatan-jawatan lain telah diumumkan sebagai menang tanpa bertanding dan majlis juga turut menyampaikan Anugerah Ahli Teramai kepada PAS Cawangan Kampung Baru Selatan.
 
Majlis juga menghargai amilin menerusi Anugerah As-Sabiqun dan As-Sabiqat Istiqamah yang diberikan kepada Khalid Montak dan Latifah Baharuddin.
 
Mesyuarat yang menghimpunkan 128 perwakilan dari 19 PAS Cawangan itu turut diserikan dengan tayangan video memaparkan aktiviti setahun PAS Titiwangsa. - HARAKAHDAILY 25/3/2019