16
Wed, Oct
15 Artikel Baru

Sukaneka SRITI dan PASTI Lenggong ceria

Komuniti
Typography

LENGGONG: Bukan sekadar anak-anak bergembira, kemeriahan turut terasa apabila para ibu bapa juga mengambil bahagian dalam sukaneka gabungan PASTI dan SRITI Hidayatul Quran di Astaka Bunga Raya, Pekan Lenggong, di sini semalam.

Sebanyak 14 acara dipertandingkan dengan penyertaan daripada 73 pelajar SRITI dan 59 murid PASTI, selain para ibu bapa dan ahli jawatankuasa PAS Kawasan Lenggong.

Majlis perasmian dimulakan dengan perbarisan peserta, nyanyian lagu Negaraku, lagu SRITI dan PASTI dan dipengerusikan oleh Pengerusi SRITI Lenggong merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS, Ustaz Hanafiah Idris.

Dalam ucapan perasmian, Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak menekankan mengenai kepentingan pendidikan al-Quran seawal usia kanak-kanak untuk membentuk sahsiah Muslim unggul.

Turut berucap Pengerusi PASTI Hidayatul Quran, Ustaz Husairi Ariffin yang juga Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan di mana beliau telah menyeru sokongan oleh semua pihak dalam menjayakan kedua institusi pendidikan Islam ini.

Pimpinan PAS Lenggong turut hadir ke program ini ialah Naib Yang DiPertua, Jamil Yahya dan Ketua Pemuda Ustaz Muhammad Rif'aat Razman serta Ketua Muslimat, Ustazah Fauziah Musa.

Majlis berakhir pada waktu tengah hari dengan penyampaian hadiah dan jamuan. - HARAKAHDAILY 29/9/2019