16
Wed, Oct
15 Artikel Baru

Anggota AMAL Balik Pulau rapatkan ukhuwah

Komuniti
Typography

BALIK PULAU:  Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan Balik Pulau telah mengadakan program Jalinan Ukhuwah disertai 30 anggota di PASTI Al-Ansar, di sini semalam.

Selain mengeratkan hubungan sesama anggota, majlis ini juga dalam rangka menerangkan maklumat terkini dan struktur organisasi baru AMAL serta perancangan semasanya.

Antara yang hadir adalah Timbalan-timbalan Pengarah AMAL Negeri Pulau Pinang, Muhammad Nazrul Ali dan Razis Rahman, serta Ketua Urusan Ulamak PAS Balik Pulau, Ustaz Zainal Othman.

Komandan AMAL Balik Pulau, Luqman Abdullah berharap anggotanya sentiasa sedia berkhidmat dan beramal kerana Allah dalam memberi bantuan terbaik kepada masyarakat.

Nazrul pula dalam ucapannya mengharap sokongan dan kerjasama semua pihak untuk menjayakan Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) di mana Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah kali ini. - HARAKAHDAILY 25/9/2019